hari ni hani nak share sedikit info kat pengunjung blog ni. pagi2 tadi, masa hani odw ke tempat kerja, hani tengok ramai pelajar2 memakai mask.. iaitu topeng pelindung mulut. Sekarang ni kes jangkitan selsema babi ni semakin serius di kawasan kita. Oleh itu hani nak nasihatkan kepada kawang2, supaya sentiasa berjaga2 agar tidak terkena jangkitan ini.
Bawah ni ada sedikit info yang hani mbil kat blog Kementerian Kesihatan Malaysia;
Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 17 Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.
574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).
Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.
Jadi, hani nak korang sentiasa mengamalkan langkah-langkah seperti berikut:
- Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lain-lain.
- Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
- Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
- Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
- Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
Nak tau lebih banyak info, korang bleh la layari ke laman web bawah ni.
>>kementerian kesihatan Malaysia<<
*korang kalau nampak babi, lari tau...hehehehe mcm kartun nie.
take care..muaahahahhaha...


No comments:
Post a Comment