Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Friday, June 14, 2013

Kelebihan berpuasa di bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 
1. Berpuasa sehari
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api
neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam
syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.

2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di
pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga
ratus pintu rahmat.

4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan
Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT

Thursday, June 13, 2013

Woot woot 2013

Assalamualaikum semua.. 
cewah, mcm ade yang baca blog hani ni.. hehehe  (melainkan aku sorang).
salam bulan syaaban.. dah tak lama dah kita nak sambut bulan ramadhan... hani dah 3hari dah nak try puasa sunat bulan syaaban.. masih gagal nak mulakan.. sbb penyakit MALAS dan banyak ALASAN.. In Syaa Allah, hani akan teroskan niat hani tu jugak... Banyak tau kebaikan berpuasa di bulan Syaaban nie.. nanti hani share kat entry selepas nie..


wahh, dah lama betul la tak "mengupdate" blog, rase mcm dah berkulat kot blog nie.. haha.. biase la orang bz katekan.. wahahaha.. perasan..

Sebenarnya skrg org dah jarang main blog ni kan? ramai dah join FB (facebook), tweeter, keek, instagram.. mcm2 lagi lah.. ok habis bab tu... skrg ni hani baru habis musim pilihanraya.. tapi agak duka cita sbb kawasan yang hani jaga KALAH...hmmm sedih jugak, tapi takpe, myb ade rahmat di sebalik kekalahan itu.. try redha.

Selain itu hani baru saja habis 2 temuduga.. satu temuduga SPA jawatan Penolong Pegawai Tadbir n27 dan jawatan kosong RHB bank (ini mak hani yang pandai2 hantar hani punye resume..hehe). Kedua2 temuduga tu hani tak buat persediaan ape2 pun.. sebab utama hani dah frust dengan keputusan temuduga hani sebelum ni, susah payah hani lulus ujian fizikal yang memerlukan hani berlari keliling padang bola sepak sebanyak 5 pusingan, lulus ujian bertulis.. cuma temuduga sahaja yang hani gagal.. ini mcm tak adilkan...huh kecewa gila.. tp hani cuba pujuk hati ini utk pergi jugak temuduga terbaru ni.. walaupun tak buat ape2 persediaan, siap pergi jalan2 sampai ke cameron highland, seberang prai dan KL... haha..

ape yang hani tau, utk jawatan SPA yang hani pohon tu, beribu2 orang mohon dan datang temuduga..ade yang baru habis belajar, nak naik pangkat dan mcm2 lagi lah.. hani dah cuba yang termampu.. dan berdoa agar memperolehi jawatan tersebut.. dan dan dan, teros bersabar... korang tolong doakan hani berjaya temuduga SPA tu ekk.. TQ :P
ok lah, nanti hani sambung balik coretan hani di blog nie... ini sekadar pemanas.. hehehe.. see u soon.. daa wasalam take care


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....