Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Kelebihan berpuasa di bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 
1. Berpuasa sehari
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api
neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam
syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.

2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di
pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga
ratus pintu rahmat.

4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan
Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT

Saturday, June 9, 2012

Semua Nak!!

Assalamualaikum w.b.t. & selamat berhujung minggu...
Hari ni Adib balik kampung ayah.. korang plak buat ape? (hahah perasan mcm ade je orang yang bace blog ko Adib, hahaha)

Adib menghadapi masalah sekarang ni, semua Adib nak.
Hehehe.. jangan salah faham..Ape yang adib maksudkan ialah,
Adib nak rumah sendiri, kalau rumah sendiri.. bleh deco cantik-cantik.. Adib teringin nak ade satu bilik untuk solat. Best kan kalau dalam rumah tu ade bilik khas untuk solat dan mempelajari agama.
Adib nak gaji yang cukup,
Adib nak buat bisnes, tapi adib tak teror..hoho
Adib nak ade family sendiri,
Adib nak mak & ayah, serta family adib happy, dan adib nak bawak mereka p mekah..
Adib nak jadi seorang yang peramah, bukan pemarah <<< need dis... huhu
Adib nak berdikari,tak nak susahkan orang...
Adib nak kawan-kawan adib hepi, 
Adib nak kehidupan yang penuh keceriaan & bunga-bunga indah mekar mewangi..(bahagia lah) wahahha
Adib nak sihat selalu...
Adib nak selalu ingat Allah swt... 

Macam-macam yang Adib impikan. Adib tahu bukan semua yang adib idamkan akan tercapai. Adib selalu ingatkan diri Adib supaya selalu bersyukur. Tak perlu lah cemburu dengan ape yang orang lain ade. Sebab ape yang Allah berikan kepada Adib adalah yang terbaik untuk Adib kan? Haaaaa....

Betul, kadang-kadang kite rase dok rumah mak ayah tak best, nak duduk rumah sendiri. Tapi dengan gaji yang kite dapat, mampu kah kite untuk membeli @ menyewa rumah lain? hmmm kire ok lah kan, kite bleh duduk dengan mak ayah, cube tengok nasib orang yang takde rumah.. takpun yang ade rumah tapi daif sangat. hmmm...


Orang kate dalam hidup ini ade macam-macam bentuk kerisauan yang akan menganggu diri seseorang. Biaselah, kite memang tidak boleh lari dari sebarang masalah. Adib selalu hadapi kerisauan memikirkan masa depan Adib. Kerjaya Adib.. Kehidupan Adib macam mane nanti bile sudah tua. susah ke senang ke.. Siapa yang tak nak hidup senang bile dah tua kan.. Jadi macam mane Adib nak tangani masalah Adib nie?

Ok, orang kate walau dimane jua atau takad mane kite ade sekarang, kite masih boleh lagi berubah dan berjaya dalam hidup kita. Jangan kite kenangkan ape yang kite kecewakan di masa lampau.. contoh tolak peluang masuk tingkatan 6, tolak kerja bank, tolak pelawaan jawatan kosong kontrak, tolak pelawaan jejaka yang ingin memikat hati (adeh).. hehehe..

Masa yang lepas, biarkan ianya berlalu...Jadikan itu semua sebagai pengajaran yang berguna dalam hidup kita. Selagi kita hidup, kita masih ade masa untuk berubah dan berusaha mencapai kejayaan dalam hidup kita. Jangan mudah putus asa, kerana ia merugikan diri sendiri. Tidak ade orang yang boleh bantu kita kalau kita putus asa dalam hidup. Caaaamooon Adib..Jangan cepat mengalah.. Chaiyok2.. hehe..
Bersemangat Sikit Adib!!
Insya'Allah Adib akan cuba..
Orang kate, banyak perkara yang berlaku dan akan menguji kesabaran kita. Kadang-kadang ape yang kite harapkan tidak menjadi seperti yang kite mahukan. Itu biase lah kan Adib.(cakap pada diri sendiri)..

Ingat, jangan lekas marah, mengeluh, putus asa atau buat benda-benda negetif.. Ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita, dan kepadaNya lah kite memohon pertolongan. Berdoalah waktu susah dan senang..

"Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada hari semalam, tetapi kita boleh menjadikan hari ini, esok serta akan datang lebih baik dari hari semalam"

ok kawang2, that all 4 2day...entry kali nie banyak perkataan.. orang kate... orang kate.. orang kate.. hahhaha.. ok See u on next entry.. (oh my english).. babaiiii.... Assalamualaikum..Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah selalu. amin..

Thursday, June 7, 2012

Sudah gaji... Alhamdulillah

Alhamdulillah, saya sudah gaji..
Dan gaji saya pun hampir-hampir habis.. sobbb soobbb
Sedih la konon..sape suruh shoping sakan!
Sekejap je kan? bayar itu ini.. Sedar-sedar, gaji dah nak habis. Hmmm, Dulu kalau gaji RM400.00. Siap boleh belanje kawan. Hahaha... Kaya tak? hihihi. Yela, dulu pakai Scooter, sekarang dah berkereta. Hari tu isi minyak rm 3.00 hinggit.. laaa ni 30.00 la plak.. huhuhu..

Korang tahu tak duit korang pergi ke mane? Maksudnye, ape yang korang beli atau bayar dengan duit gaji yang korang dapat setiap bulan? Haaaa... jom kite memikiorrr sekejap. Untuk pengetahuan korang, Adib sendiri pun kadang-kadang kurang tahu mane perginya duit gaji tersebut. Bayar itu ini yang tiap-tiap bulan tu lain kira. Ini duit saki baki dari gaji tu. Hahahah kantoi Yes... i'm super duper kaki shoping. Hahahahadoiiii. OK i learn from my mistake.
sakan laa....
Sehubungan dengan itu, (wah dah jadi macam ayat surat rasmi plak, hehe dila sila bagi tunjuk ajar), Adib telah mengambil satu langkah. Dimana Mulai dari semalam (ceh baru semalam start..hahha), Adib telah mencatit semua perbelanjaan yang Adib buat setiap hari didalam BUKU LAJER. Hahaha...KAGUM tak? Haha.. Teringat zaman-zaman belajar akaun. Bagus tak idea ni? Hmm, Korang mesti dah buat lama dah. Adib je yang baru nak mulakan. Selain dari itu, adib ade sebuah buku note yang adib gunakan untuk menulis keperluan dan ape yang perlu adib buat setiap hari. Yes, im seorang yang pelupa..hehe..
catit jangan tak catit.huhu, takut sgt lupe ape nk buat, tp buku note lupe tarok mane..dah tu mcm mane?
Tapi ade satu lagi masalah, adib ni kadang-kadang lupe mane adib tarok buku note adib nie..hahahaha.. masalah jugak. Tulis dalam Hphone je kan? mudah sikit..hihihi..Oklah, that's all 4 today.. Jumpe lagi yer.. daaaa... Sebelum tu, jom kite share info ni.

TIPS DR. FADZILAH KAMSAH:-

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut beliau, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

 
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

 
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.


Insya'allah... wassalam..

Wednesday, May 30, 2012

Situasi Genting.Gaji Bile Nak Masuk!!

Assalamualaikum..
Luaran Hepi, Tp dalaman sape yang tau.. yer dok? :)
Wahh aktif plak adib minggu ni mengUPDATE blog.. haha.. Adib bosan kot dengan FaceBook. Hari ni 30hbMei2012, lambatnye gaji nak masuk. Adib dah betul-betul kering (poket kosong).. Bukan takde duit langsung, cuma Adib tak nak lah sampai keluarkan duit simpanan. Lagi satu adib malas nak guna kad kedit, malas nak menambahkan hutang. hihihi. Adib pun tak berape pasti, gaji ni masuk awal bulan or ujung bulan.. Tapi yang adib tau, sekarang time gaji... Nak Gaji.. Nak Gaji.. huhuhu..

Hari ni adib p kerje dengan minyak kerete dah E (kosong), Handphone pun dah habis airtime. Tawakal je lah p keje.. buatnye kete mati tengah jalan, macam mane lah nak mintak tolong. Nak call pun tak boleh. huhu. Sedih-sedih. Tapi mujur lah Adib dah pesan kat kakak, dalam masa 15minit lepas Adib keluar rumah, Adib mintak dia call Adib. Mane lah tau, kot-kot mase tu kerete meragam or Adib perlukan bantuan. Mujur lah kakak call & Adib mase tu dah selamat sampai opis. hehehe..Alhamdulillah. Huhuhu terok rase kali ni. Lepas ni Adib kena beringat-ingatlah. Jangan lah boros sangat ketika berbelanja. Simpan sikit duit untuk waktu-waktu kecemasan macam nie. 
Hmmmm (terkebil-kebil)..

BAIK LAH, chaiyok-chaiyok (sambil rase bersemangat)  :D
So, kepada kawan-kawan.. Jangan belanje terlalu boros tau.. Sebab kalau duit dah habis, nak tak nak, korang kena la tunggu gaji bulan depan plak.. hihihi.. Lama tu kalau nk tunggu..hehe.. Lagi satu, kerja lah rajin-rajin. Semoga kite perolehi rezeki yang HALAL. Ok, sampai di sini sahaje untuk hari ni.. Jumpe di lain entry wokeh.. Insya'allah.


DOA MENDAPAT REZEKI HALAL


 "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."
Penjelasan : Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Barang siapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas terbayarkan Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Wednesday, May 23, 2012

Ade Masalah ke?

Assalamualaikum...

Wahahaha.. brutal or mcm marah bebenor tajuk tu... Ade masalah ke? Ape tengok2.. :P

Sape yang takde masalah kan.. semua orang ade masalah.. tapi adakah korang dapat setelkan masalah korang? ke masalah korang tak pernah setel2.. hehehe... takpe2, korang jangan runsing2.. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya..

Selesaikan masalah dengan cara berhemat, berilmu & beragama...
Adib tertarik dengan satu ayat dalam blog kawan adib.."Mcm mane nak ajar anak yang menumpahkan air... kalau marah2, rotan2, salahkan org tu, salah kan org ni.. masalah setel tak?...tak jugakkan?? tapi cuba bg dia towel & tisu utk lap kan kesan tumpahan tu.. itu baru setel masalah kan?" Hehehe... Boleh tak kalau kite tangani masalah dengan cara ini?? berhemat, berilmu & beragama... hmmm....insya'allah, mesti bleh punye..

Kemarahan manusia berbagai2... : 
(1) Ada yg lekas marah, lekasnya tenang dan lekas hilang...
(2) Ada sesetengah lambat marah dan lambat pula akan reda..
(3) Sesetengah pula, lambat marah tetapi cepat reda... 
*Yg ketiga itu yg terbaik utk kita...

ok, korang jangan marah2 or badmood.. rehatkan minda, banyakkan berdoa.. Be positif.. Be hepi 2.. Peace!! (sambil2 menasihatkan diri sendiri sebenarnya..hehe). Daaa, jumpe di lain entry..

Sunday, May 20, 2012

Mengumpat.Perubahan.Berubah


Assalamualaikum,
Mengumpat & menceritakan hal orang lain..
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.



hmm mengumpat ni tak baik & tak bagus langsung. dan ia Merugikan diri sendiri. Berdiam lebih baik kan..Mulai saat ini, adib harap adib dapat jadi insan yang lebih baik..Adib nak kurangkan benda2 negatif dalam diri adib."Jika kita menyimpan kebencian dan dendam, maka seluruh masa dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif"

Sesiapa yang berusaha untuk menjadi baik insyallah Allah akan permudahkan segala usahanya...Amin...
Sambil-sambil kita buat kerja, jom kita zikir "Ya Allah" sebanyak 1000 kali. Moga hari-hari kita diberkati Nya. Amin.

Tuesday, April 17, 2012

Resah?? Gelisah? Marah?? huhuhu

assalamualaikum, mulakan hari dengan keceriaan...
hmmm senang ke nak mulakan dengan keceriaan... aduh  susah rasenya..
tp haku tetap nk try... tp kulama, rase down balik...hmm
ahhhh jgn pikir bukan2 lah...stop dulu buat ape yang sedang anda buat.. dok relex jap
sambil2 baca surat kabar ke... tak pun dengar org2 mengaji....

renungkan sejenak ape masalah nye..............
pikir.. pikir... daaaaaa.... out dulu...nak cari masalah... hahha


Nie hani nak kongsi kan bersama:
  1. selawat & berzikir banyak2.
  2. doakan ibu bapa.. Sedekah Al-fatihah kepada ibu bapa tak kira lah mereka sudah meninggal dunia atau masih hidup.
  3. Selalulah berdoa dengan Allah, ya Allah jadikan hati ku bersih, otak ku sihat, kurangkan fikir benda2 negatif, aku nak berjaya, nak ceria, bersemangat dan sihat selalu.
  4. minum air banyak2, kalau boleh air masak/air kosong.
  5. makan makanan berkhasiat. buah-buahan.
  6. jangan tinggal solat
  7. beriadah..
  8. TIDOR.... Hehehehe... byk lagi nk share...lain kali hani tulis lagi k...

take care.... wassalam... :)



Thursday, September 8, 2011

Muke Ceria Hati Di dlm Bagai Nak Gile!! :)

Selamat Morning..
hari ni rase lain mcm je..dup dap dup dap...aiii rase mcm ade je yang tak kena.. pagi tadi dah la datang opis awal..bersemangat tu..tp lewat jugak dalam 10minit..hehe..kul 8.40pagi hani dah tercongok kat tepi opis sambil di temani makcik cuci.. bagus jugak..dah lama dah hani tak borak2 dgn makcik ni..byk jugak la yang kami bualkan..tp bukan mengumpat tau.. hihi

tunggu punye tunggu, 9.10pagi baru opis di buka..hai mamat nie.. mane dia p tau..lewat baru sampai opis.. takpe2, sabar2..hehe..takde benda la nak marah sgt..hal kecik je..myb dia ade hal penting.. INGAT!! FIKIR POSITIF..Barulah hidup kite lebih Ceria..& Bersyukur selalu...

Cube tgk gambar bawah nie...

Renung2kan dan selamat beramal..hehehe

hani tak tau dh nak taip ape...nampak sgt hani tak leh nk fokus..hehhee.. take k.. doa yang terbaik buat saye..amin

p/s: awak...You'll always have my shoulder when you cry, I'll never let go, never say goodbye


Monday, April 4, 2011

Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya…ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya…bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya…ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah,
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif….
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun…
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa…
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan….
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Friday, March 25, 2011

Lupakan Masa Lampau

Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!
Tapi bukan semua masa lampau perlu kite lupakan... pandai2 lah buat pilihan... baik buruk, kite harus belajar... jadikan ia satu pengalaman yg mematangkan kite...
Panduan Menenangkan Hati Yang Gelisah
Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan;
1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni
dan harum.
2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah.
3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan diri
anda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasan
anda...
ATAU
Hargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepada
Allah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapat
Rahmat dari-Nya.

Tuesday, March 8, 2011

Kegagalan??

Friday, February 11, 2011

BAHAGIA DI CELAH-CELAH UJIAN

Bila ujian datang pada kita, eloklah kita bertanya pada diri kita semula. Mengapa ALLAH takdirkan segala kesusahan itu?

ALLAH hendak tunjukkan pada kita bahawa manusia yang paling kita sayang pun boleh mengecewakan kita. Apatah lagi manusia yang kita tak sayang. OLeh sebab itu, manusia bukan sandaran atau tempat pergantungan yang tepat untuk kita, hanya ALLAHlah tempat pergantungan sebenar hidup kita. Bagaimana sulit sekalipun hidup kita kalau pergantungan kita hanya pada-Nya, segala derita akan terasa ringan dan mudah untuk dihadapi. Tapi kaLau bukan DIA sebagai tempat pergantungan, ujian yang datang akan terasa sebagai pencabut bahagia..

Setiap kali datang ujian yang menguji diri kita, terimalah, terimalah dengan ingatan bahawa itulah kasih sayang ALLAH.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. [QS29.Al Ankabuut ayat 2-3]

Kata Ibnu Atoilah al-Askandari, seorang sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ’mehnah’ –maksudnya didikan terus dari ALLAH. Apa saja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus dari ALLAH. Ahli sufi itu menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari ALLAH (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Atoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Semuanya berlaku dengan izin ALLAH. DIA hendak membuang sifat ego dan pemarah yang bertakhta dalam hati kita. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik. Sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan.

Bila ALLAH memilih kita untuk diberi taufik dan hidayah-Nya, sengaja DIA datangkan masalah untuk menguji sejauh mana ikhlasnya rasa kehambaan kita kepada-Nya. Segala cubaan, dugaan dan fitnah dunia adalah ujian dari ALLAH untuk menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Hidup ini bagai satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada kalanya, gelombang kecil dan tenang dan ada kalanya gelombang yang datang itu besar dan ganas. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.

Justeru, selalulah berdoa dan tanamkan rasa syukur kepada-Nya. Kerana ALLAH masih sayang dan mahu menerima serta memilih kita untuk mendapat Taufik dan Hidayah-Nya, diwaktu ramai lagi manusia yang terus lalai di ulit dosa. Insya Allah dalam keperitan hidup yang dilalui; bila ALLAH sentiasa di hati, jiwa akan tenang dan damai. ALLAH pasti akan menitipkan BAHAGIA DI CELAH-CELAH UJIAN itu..

info: http://rawdha-sakeena.blogspot.com

Kisah Rama-rama dan Bunga


Kisah rama-rama dan bunga. Ada kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki tersebut berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai hamba-hamba-Nya untuk diuruskan. Begitulah sangkaannya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.


Selepas 1 tempoh, lelaki itu pun memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Tetapi ada sesuatu yang amat memeranjatkannya...dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.


Betapa indahnya susunan atau aturan Allah! Cara Allah sentiasanya yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah pada pandangan kita yang kadang-kadang tidak mahu berfikir.


Jika kita memohon sesuatu dan menerima setiap pemberian Allah dengan rasa bersyukur. PERCAYALAH! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang kita pinta tak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hamba-Nya. Jadi teruskan berdoa tanpa ada perasaan ragu-ragu dan mengeluh...


DURI hari ini adalah BUNGA hari esok! ALLAH Mengurniakan Pilihan Terbaik kepada Mereka yang Menyerahkan Ketentuan kepada-NYA.

Tuesday, February 8, 2011

Persahabatan~A JOURNEY TO REMEMBER...

Assalamualaikum,
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat atau besfren (teman rapat) yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
RENUNGILAH.. .
"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."
  1. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
  2. Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak).
  3. Jika anda cuba untuk merapatkan dengan lebih lagi persahabatan anda dengannya, dia akan membalas dengan baik persahabatan anda itu. Itu bermakna dia memang mahu bersahabat dengan anda. Dia amat menghargai anda kerana mahu bersahabat dengannya. Dia adalah sahabat sejati anda.
  4. Jika anda memerlukan pertolongan daripada sahabat anda berupa wang ringgit ataupun dalam bentuk tenaga, maka akan dia akan cuba sedaya upaya membantu anda. Sahabat yang baik tidak akan menghampakan anda sekiranya anda meminta pertolongan dari mereka. Malah sahabat yang baik juga tidak sanggup melihat anda berada didalam kesusahan. Jika anda meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  5. Jika anda menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik. Itu tandanya dia menghargai kebaikan yang telah anda hulurkan padanya. Dia juga tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah anda lakukan itu. Malah dia akan membalasnya dengan kebaikan juga kepada anda.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada anda, dia akan segera menutupnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah anda tidak kira apa yang berlaku. Dia tidak akan sekali-kali membuka aib anda kepada orang lain. Sahabat anda yang baik akan sentiasa melindungi anda daripada perkara-perkara yang tidak baik.
  7. Jika anda berdiam diri kerana malu hendak meminta pertolongan, dia akan menanyakan kesusahan anda itu. Sahabat yang baik akan dapat memahami kesulitan yang anda alami. Dia tidak akan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah yang anda hadapi. Apabila anda berdiam diri maka sahabat anda pastinya akan mengetahui yang anda berada dalam kesusahan.
  8. Jika anda berkata-kata seuatu kepadanya, nescaya dia akan membenarkan percakapan anda itu. Dia tidak akan sekali-kali menidakkan kata-kata anda itu melainkan kata-kata anda itu adalah dusta. Apabila anda memberi sesuatu pendapat maka dia akan sentiasa membenarkannya dan menyokong anda.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri anda , dia akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban kesusahan anda itu. Dia akan sentiasa bersama anda dengan memberi pertolongan dan semangat supaya dapat terus tabah menghadapi ujian itu. Anda tidak akan merasai keseorangan jika mempunyai sahabat yang baik seperti ini.
  10. Jika anda merancangkan untuk melakukan sesuatu perkara, nescaya dia akan membantu anda. Dia akan sedaya upaya membantu anda supaya anda berjaya mencapai perkara yang anda ingin lakukan itu. Dengan bantuan dari sahabat anda itu anda akan dapat terus cekal dalam menjayakan rancangan anda itu.
  11. Jika anda berselisih faham dengan sahabat anda, nescaya dia lebih senang untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan. Dia tidak mahu bersikap mementingkan diri dengan tidak mahu bertolak ansur. Dia tahu sekiranya dia tidak mengalah maka hubungan persahabatan anda akan menjadi lebih buruk lagi.

Friday, February 4, 2011

Kita harus tahan terhadap ulat, Jika ingin dapat melihat kupu-kupu

Assalamualaikum,
4/2/2011, 10 Pagi (jumaat)

hahha.. biar pun dah masuk bulan 2..
aku nak jugak rase nikmat sambut tahun baru ni...
aku malas nk mula kan tahun baru dgn benda2 yang Negetif
skrg aku nk positif kan diri aku..
aku perlu matang... perlu berdikari...
gaduh2 ni bukan hobi aku... aku hanye nak cari kebahagian... life is short...

biar lah org sekeliling aku tak puas ati dengan aku
aku hanye manusia biase..
yang mampu aku buat..aku buat...
jika tak dihargai... takpe lah, nak buat macam mane...

aku tak tau nak tulis ape... bile salah tulis, ade yg terase..
bile aku pendam... sape la yg faham..
nak tegur salah..tak tegur pun salah...
buat baik salah...buat jahat ape tah lagi...
bile aku diam... ramai yg pijak kepala...
aku tgk org lain senang2 je luah kan ape yg dia org rase...
padahal setiap ayat aku, aku kena pk dulu...
hmmm... nasib aku lah...

takpe lah.. aku tahu, aku tak boleh nak ubah diri org lain...
selagi aku masih hidup.. aku masih belum terlambat kan?
terlambat dari segi ape pun tak kesah lah..
bak kata2 kat blog aku...
setiap hari mesti ada perubahan dalam hidup...

aku akan try memotivasikan diri aku...
menjadi manusia yang lebih baik setiap hari..

aku tau..aku boleh...biarpun kadang2 aku sedih akan dugaan hidup ini...
tapi aku kena pk positif...

setiap yang berlaku pada diri aku... ade hikmah nye...
aku tau aku byk buat salah dlm hidup aku...
tuhan nak sedarkan aku...

aku hanye perlu sabar...
yakin akan ketentuan tuhan buat ku...


Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL.

Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.

Bahasa yang paling manis SENYUM.

Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya"


"We should just accept whatever already happen in the past, living the life in the present and aim for something big in the future"
aku sayang diri aku.. yg tuhan anugerahkan kepada aku.. aku bersyukur aku di lahirkan sempurna.. anggota badan ku cukup lengkap.. tak mcm org lain, ade yang kecacatan kekal...(aku amik dari kata2 seorang budak kecik, kagum aku dgn budak ni) setiap yg berlaku pada diri aku... aku tau ade hikmah dan pengajarannye...
Tq ALLAH... maaf amalan ku tidak sempurna...
aku cube buat yang terbaik...


Ya' Allah.. aku mohon yang terbaik buat diriku, kedua ibubapaku, ahli keluargaku, orang2 di sekelilingku dan seluruh umat islam yg masih hidup dan yang telah meninggal dunia... Semoga kami semua mendapat kasih sayang MU, keredaan MU, Perlindungan dari MU serta kebahagian dunia akhirat...Amin

Friday, September 24, 2010

Bila Masalah Datang....

Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan? pengsan mcm kucing ni??? hehhe
Jangan lah mcm tu sekali...Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan. Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri.

Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri.

Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang. Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

info dari blog ni>>http://cute-chipmunks.blogspot.com/search/label/Bila%20masalah%20datang

Tuesday, September 1, 2009

Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

* info dari blog askarjepun.. thanks

Thursday, June 25, 2009

Hepi & NoT HEpi (^.^)

Salam..
semalam hani ada urusan kat luar negeri..hehe
tapi masih dalam malaysia tau.. bukan luar negara.. hehehe
semalam adalah antara hari paling hepi bagi hani..
dapat kuar dengan kakak hani yang dah lama BZ.. hehe.. dah lama tak kuar dgn dia.. windu sgt kat dia sebenarnya(hope dia tahu)... tapi harap sgt lah dia dah ok dengan hani... hani tak berani nak bercakap byk dengan dia, tak tau kenape... kita org byk diam je...hani nak borak mcm dulu2.. tapi hani takut nanti hani ada tersalah cakap atau hani EMOTIONAL plak...nanti dia PERGI lagi...hmmm... jadi semalam hani byk TIDO.. haha.. berdiam lebih baik dari berkata2 kan.. hihi
tapi biar berjuta bintang di angkasa,
hanye satu bintang di hati hani..

Dan semalam jugak merupakan antara hari yang paling tension bagi hani... kenape?? hmm.. semalam tu..nak kate putus cinta tu, tak la lagi... tapi putus harapan laa kat seorang mamat sengal nie... hahaha... myb dah takde jodoh kot hani dengan dia... takpe la, hani redha je lah.. Aduh, kena cari PACAR lagi... gamat mcm nie... nak kena mandi bunga hani nie...wahahha..takpe la, bak kata kakak hani, myb ada rahmat dia sebalik kejadian..
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba
CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana
CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga
CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan
KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....

Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....