Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Friday, March 25, 2011

Lupakan Masa Lampau

Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!
Tapi bukan semua masa lampau perlu kite lupakan... pandai2 lah buat pilihan... baik buruk, kite harus belajar... jadikan ia satu pengalaman yg mematangkan kite...
Panduan Menenangkan Hati Yang Gelisah
Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan;
1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni
dan harum.
2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah.
3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan diri
anda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasan
anda...
ATAU
Hargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepada
Allah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapat
Rahmat dari-Nya.

No comments:

Post a Comment

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....