Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Wednesday, May 30, 2012

Situasi Genting.Gaji Bile Nak Masuk!!

Assalamualaikum..
Luaran Hepi, Tp dalaman sape yang tau.. yer dok? :)
Wahh aktif plak adib minggu ni mengUPDATE blog.. haha.. Adib bosan kot dengan FaceBook. Hari ni 30hbMei2012, lambatnye gaji nak masuk. Adib dah betul-betul kering (poket kosong).. Bukan takde duit langsung, cuma Adib tak nak lah sampai keluarkan duit simpanan. Lagi satu adib malas nak guna kad kedit, malas nak menambahkan hutang. hihihi. Adib pun tak berape pasti, gaji ni masuk awal bulan or ujung bulan.. Tapi yang adib tau, sekarang time gaji... Nak Gaji.. Nak Gaji.. huhuhu..

Hari ni adib p kerje dengan minyak kerete dah E (kosong), Handphone pun dah habis airtime. Tawakal je lah p keje.. buatnye kete mati tengah jalan, macam mane lah nak mintak tolong. Nak call pun tak boleh. huhu. Sedih-sedih. Tapi mujur lah Adib dah pesan kat kakak, dalam masa 15minit lepas Adib keluar rumah, Adib mintak dia call Adib. Mane lah tau, kot-kot mase tu kerete meragam or Adib perlukan bantuan. Mujur lah kakak call & Adib mase tu dah selamat sampai opis. hehehe..Alhamdulillah. Huhuhu terok rase kali ni. Lepas ni Adib kena beringat-ingatlah. Jangan lah boros sangat ketika berbelanja. Simpan sikit duit untuk waktu-waktu kecemasan macam nie. 
Hmmmm (terkebil-kebil)..

BAIK LAH, chaiyok-chaiyok (sambil rase bersemangat)  :D
So, kepada kawan-kawan.. Jangan belanje terlalu boros tau.. Sebab kalau duit dah habis, nak tak nak, korang kena la tunggu gaji bulan depan plak.. hihihi.. Lama tu kalau nk tunggu..hehe.. Lagi satu, kerja lah rajin-rajin. Semoga kite perolehi rezeki yang HALAL. Ok, sampai di sini sahaje untuk hari ni.. Jumpe di lain entry wokeh.. Insya'allah.


DOA MENDAPAT REZEKI HALAL


 "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."
Penjelasan : Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Barang siapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas terbayarkan Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Tak Suke Air Masak, Air Putih or Air KOsong?

Assalamualaikum..
hohoho sape yang suke tajuk tu? (angkat kaki)
hehehe.. mesti ade yang TOK LEH GI DENGAN AIR KOSONG.. Kembung perut katenye.. kalau minum mesti nak muntah balik air tu.. hahaha betul tak? Tapi Adib, alhamdulillah..Adib boleh je minum air kosong nie.

Bukan ape, air kosong ni bagus tau untuk kesihatan. Minum air ni bagus untuk buah pinggang, Kurangkan berat badan (suke lah tu), membantu membuang toxsin dalam tubuh dan melancarkan pencernaan, elakkan kulit menjadi kering, Awek MUDE dan macam2 lagi lah. hehehe.. Kite di galakkan minum 8 Gelas air sehari. Semua orang dah tau kan? dan ada jugak yang mengeluh, Aduh malas nye nak ulang alik ke tandas untuk buang air.. hehe..


Dando Pun suke Minum Air..hehe Cute
Ok, disini Adib nak kongsi Tips yang Adib jumpe mase belek2 kat facebook bagi sesiape yang menghadapi kesukarang (hol aloh Ganu kito la plak) Kesukaran untuk minum air kosong atau air masak. Ok, tips nya macam ni, Kalau korang tak boleh minum air kosong, korang isi la gula..hahaha kan dah tak jadi air kosong, dia jadi air gula.. uihhh bahaya plak.. kencing manis nanti.. hahaha... Gurau je. :p

Ok, Ini Tips yang betul:
Minumlah air buah setiap hari. paling elok,iaitu yang anda blend sendiri. boleh gantikan daripada minum air putih..Blend : oren + epal. (tembikai @ belimbing)


Ha... suke tak? tak yah minum air kosong kan..hehe.. Cube korang try dalam mase 1 minggu dan lihat hasil kulit korang..Cubalah.. cubalah.. cubalah kawan2... 
Air (Water) Cute mehhh... :P
Selamat mencuba dan selamat beramal..hihihi.. Adib pun tak cuba lagi, pasni adib nak try lah.. Jom lah kawan2.. :) Stay Healthy & Stay Cute!!

Friday, May 25, 2012

Bumblebee Buat Hal Pulok

Assalamualaikum kawang2..

Macam mane kerja hari ni? hari ni adib mulakan kerja dengan sedikit blur.. haha.. hari ni rase macam rajin je nak buat kerja & malas hendak ber internet (berFB, blog, youtube dan sebagainye). Hahahaha terkejut tak? kagum kan? Adib pun kagun dengan diri adib yang sedikit lain hari ni.. hehe. Adib rase FB begitu membosankan sbb byk sgt cerita2 politik sehingga adib nak jemu dah nak layan.

Tapi bila nak buat kerja, kerja plak takde untuk di buat. hehe.. sebab semalam adib dah setelkan semua kerja yang penting2. Cari punye cari, huh..ade jugak kerja yang adib jumpe.. kerja tu cuma amik mase 15minit je. Pastu selesai. Kebosanan mula datang menyerang. Nak tak nak, terpaksa lah adib bukak jugak FB (fesebuk). Sekali tgk ade link ke blog cerita artis daaa. Adib pun clik. Kat blog tu ade satu video clip baru Najwa Latif- Tajuk Lagu KOSONG. adib pun download la lagu tu.. Hmm nice jugak.. Jom adib share lirik dia kat korang k..

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong


Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong



*kalau korang nk dengar lagu ni, bleh la cari kat youtube & download mp3.

Ok, berbalik semula kepada tajuk besar kat atas tu (tibe2 terasa lari dari tajuk..hehe). Bumblebee yang adib maksud kan adalah kereta kancil kuning kasayangan adib.. Dia buat hal plak hari ni.. BERSAUNA adib tghari tadi dlm kereta..

Ceritanya mcm ni, oleh sebab hari ni adib bosan tahap gaban.. Waktu rehat (Tengahari), Adib pun merajinkan lah diri untuk pergi membeli barang keperluan di Mini Market berdekatan dengan kawasan perumahan adib. Bile dah siap membeli belah.. Haaa.. Mase nak start je kerete tu.. kete tu tak mau idup.. tapi adib tak lah panic, sebab dah selalu sangat terjadi macam nie.. hihi..

Kete tu kalau biar dia sejuk dalam 10-15 minit.. Bile kite start, dia kan idup balik. Jadi adib biar je la dia sejuk.. dah nk dekat 15minit adib try start balik.. Apenye, tak idup jugak enjin dia.. mase tu peluh dah membasahi baju.. (tengahari la katakan). Jadi adib terpaksa la hubungi mak untuk amik adib. 
My Bumblebee.. hehe

Nak tunggu mak dah sekian.. ade la dalam 45minit adib dalam kerete tu.. hehehe.. Bile mak dah sampai, adib pun ikot mak balik rumah. Balik umah, mandi2. Siap je mandi, adib bersiap2 untuk pergi tengok kerete Bumblebee. Myb enjin dia dah sejuk, bile adib start je balik semua.. Enjin tu idup la macam biase. Alhamdulillah, syukur. Oleh sbb adib was2 lagi untuk bawak kete tu kemana-mana, Adib pun hantar kereta tu balik ke rumah... hehehe.. 
Syukur, Alhamdulillah kereta dah ok!!
Tapi sebenarnya pada mase kejadian tu, adib ni risau jugak, adib tak tau nak hantar repair kete tu kat mane.. Adib ade call sorang mekanik tu, dia jauh sikit tempat kejadian.. hehe. Jadi dia bagi adib nombor mekanik lain yg dekat dngan lokasi adib. Adib pun pikir, biar lah dulu. Sebelum call tu, baik adib balik, bagi enji sejuk.. Mane lah tau boleh idup balik kn.. hehe.. Begitu lah kisahnya..


Sekian sahaje cerita untuk hari ni.. hope dapat share story lagi di lain entry.. InsyaAllah..
Wassalam..take care

Wednesday, May 23, 2012

Ade Masalah ke?

Assalamualaikum...

Wahahaha.. brutal or mcm marah bebenor tajuk tu... Ade masalah ke? Ape tengok2.. :P

Sape yang takde masalah kan.. semua orang ade masalah.. tapi adakah korang dapat setelkan masalah korang? ke masalah korang tak pernah setel2.. hehehe... takpe2, korang jangan runsing2.. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya..

Selesaikan masalah dengan cara berhemat, berilmu & beragama...
Adib tertarik dengan satu ayat dalam blog kawan adib.."Mcm mane nak ajar anak yang menumpahkan air... kalau marah2, rotan2, salahkan org tu, salah kan org ni.. masalah setel tak?...tak jugakkan?? tapi cuba bg dia towel & tisu utk lap kan kesan tumpahan tu.. itu baru setel masalah kan?" Hehehe... Boleh tak kalau kite tangani masalah dengan cara ini?? berhemat, berilmu & beragama... hmmm....insya'allah, mesti bleh punye..

Kemarahan manusia berbagai2... : 
(1) Ada yg lekas marah, lekasnya tenang dan lekas hilang...
(2) Ada sesetengah lambat marah dan lambat pula akan reda..
(3) Sesetengah pula, lambat marah tetapi cepat reda... 
*Yg ketiga itu yg terbaik utk kita...

ok, korang jangan marah2 or badmood.. rehatkan minda, banyakkan berdoa.. Be positif.. Be hepi 2.. Peace!! (sambil2 menasihatkan diri sendiri sebenarnya..hehe). Daaa, jumpe di lain entry..

Sunday, May 20, 2012

Mengumpat.Perubahan.Berubah


Assalamualaikum,
Mengumpat & menceritakan hal orang lain..
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.



hmm mengumpat ni tak baik & tak bagus langsung. dan ia Merugikan diri sendiri. Berdiam lebih baik kan..Mulai saat ini, adib harap adib dapat jadi insan yang lebih baik..Adib nak kurangkan benda2 negatif dalam diri adib."Jika kita menyimpan kebencian dan dendam, maka seluruh masa dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif"

Sesiapa yang berusaha untuk menjadi baik insyallah Allah akan permudahkan segala usahanya...Amin...
Sambil-sambil kita buat kerja, jom kita zikir "Ya Allah" sebanyak 1000 kali. Moga hari-hari kita diberkati Nya. Amin.

Friday, May 18, 2012

Kiki & Bunga

Salam & Gud Morning..

Hari ni adib nak ceritakan pasal kucing adib.. Si Kiki..
Pagi tadi mase tgh nk bagi kiki makan, puas jugak cari dia.. Tibe2 dia belari lari masuk pagar rumah.. Tgk kat mulut dia ade bende pink.. Hai bawak balik ape lagi lah tu.. Smlm bwk balik katak, abis perut katak tu di kerje kan nye..tinggal tulang je.. Ni bawak balik ape plak..

Laju Kiki blari lari sambil gigit benda tu kat mulut dia, dia lalu bawah motor dan bawak benda tu sampai depan adib, dia letak benda tu kat simen betul2 depan adib.. Wahahah...
Dia Bawak balik bunga rupenye...bunga kertas..Alalala comel bangat..

Kiki & BUnga Kertas...

Lagi satu tentang kiki nie, kucing ni pembersih sangat..kalau tempat berak dia ade taik..sanggup dia tahan buang air sampai la adib tukar tempat berak dia yg baru..lepas je tukar yg baru, teros dia duduk dlm tu melepaskan hajat...hari tu adib lupe tukar pasir dia... petang baru tukar.. lepas je tukar, lama dia duduk mlm tu.. ade la nak dekat 2minit membuang.. hehehe

Kiki penghibur hati.. itu sahaje.. Tq sbb sudi baca..

Tersesat Ke Brunei

Assalamualaikum,

Hari tu, alang2 saya di Labuan sempat la jugak saya pergi ke Brunei Darus Salam..Rase seronok dan takut jugak lah kan, sbb tak plan pun nk pergi sana.. lagi pun takde org kenal pun.. Tapi disebabkan rase ingin melihat tempat org dan mengenali Brunei dgn lebih dekat, saya di temani kakak telah mengumpulkan semangat2 yang ade untuk pergi redah je lah ke sana.. wahahhaha...


Kami mengunakan pengangkutan air utk ke sana.
Tiket hanye boleh beli sehala/pergi : RM70 Seorang
Untuk Tiket Balik kami kena beli di Brunei.
Pasport penting.. Jangan lupe bawak..(sorang kawan kite org kena tinggal sbb tak bawak pasport) hehehe..mcm biase la, Langkah2 untuk masuk ke negara orang..

Kami bertolak dari Labuan tepat jam 9.00 pagi.. Perjalanan kami mengambil masa 1jam lebih.. Puas la jugak dok dlm bot tu.. Lapar pun ade..hehehe.. Seperti biasa dlm bot tu kami telah di beri sekeping kad kemasukan ke Brunei utk di isi.

Alhamdulillah, pukul 10 lebih kami telah selamat sampai di Brunei.. Fuhhh... ape nak buat ni..ape nak buat.. nak p mane?? adeh, itu yg adib pikir.. cool adib cool.. relek.. Brunei kecik je..

Sampai je di terminal Brunei, baru kami teringat untuk menukar duit malaysia kepada mata wang sana.. 1B$ = RM2.51... (sentap jap). Huh, dengan berbekalkan RM200 seorang, kami tukar la ke Brunei Ringgit.. Dapat lah 79B$ seorang. hehe. Lepas je tukar duit, adib pergi membeli tiket balik ke Labuan. Orang yang jual tiket tu takde pulak..nak marah pun ade, lama tunggu.. Masa mula2 sampai di sane, kami di hampiri oleh pemandu2 pelancong persendirian.. Dia cerita lah, dia boleh bawak kiter orang jalan2 pusing2 kat Brunei.. Ade la dalam 2,3 orang datang menghampiri..Bayarannya sebanyak 150B$... adoii... mahalnye..

kami pergi ke kantin, dok minum kat situ.. kami tanye budak yang kerja di sana, ade tak bas ke bandar.. budak tu ckp ade, tambang cuma 1B$.. Lama jugak lah nak pikir dan sambil2 tunggu penjual tiket tu.. Dalam pukul 12, tiket dah dapat, kami pun ambil keputusan naik bas. Mase tunggu bas tu, pakcik yang 1st tegur utk bawak kami jalan2 tadi bg harga 60B$. ok lah kot.. nak tunggu bas ni karng, entah pukul brape plak ade..
Terminal Brunei
Kunter tiket & tukaran Mata wang
Mata Wang Brunei.. :P
Pemandu pelancong tu nama dia Encik Lim or Lee, adib pun dah tak ingat.. tp dia melayu.. Kami bersyukur sgt dapat pakcik ni, rase dah rezeki kot.. dia ni ok, baik dan peramah. Alhamdulillah... Bawah nie ade sedikit sebanyak gambar2 tempat yang kami lawati.. Adib rase malas plak nk menaip, so enjoy lh tgk2 gambar nie...
 
Melawat Masjid Omar Ali Saifuddien
 

Muzium DiRaja Brunei, Menarik!! Percuma
 
 
 

 
 

 
Melawat Istana Nurul Iman
 
 
Solat di Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
 
 
Nasi Katok, Glemer kat sane nasi nie..

ni lah nasi katok.. 1B$ jer harga dia.. Nasi Putih, Ayam Goreng & sambal Manis
hmm, penat jugak terkejar kesana..kemari.. semua kena p cepat2... mase nak balik tu, sempatlah kami ajak pakcik Lee untuk pergi beli cenderamata. Tapi tak bleh nk beli banyak, sbb duit dlm tangan mase tu ade 14B$.. barang2 sane boleh tahan jugak harga.. hihi..

pukul 3 lebih kite orang sudah kembali ke terminal brunei. Bot kami pukul 4.30petang. Sampai sane, kami di sape oleh seorang budak, dia cakap bot kami dah lepas.. aik, jam baru 3 lebih, mane bleh terlepas.. hmm budak tu ckp tiket kami tu pukul 1.30petang td.. la, kenape jd mcm tu..  kami kan mintak pukul 4.30petang. (hmm dlm hati, adib yang silap beli tiket ke, org yang jual tiket ni tipu kami) Jadi bile p semua ke kaunter, org tu ckp, mase sy nk beli tadi, dia jual tiket kul 1.30 petang.. ade pulak gitu.. kan sy dah ckp nk pukul 4.30 petang. kenape tak cakap awal2. hmm nk taknak kena tambah 5B$ sorang untuk tiket baru. So, kalau korang ke sane, semak balik tiket.. biase lah, rambut sama itam, hati lain2..

ape2 pun adib bersyukur adib & kakak selamat sampai ke Labuan. Last nak cakap, p Brunei atau mane2 lah, mmg seronok, tp negare sendiri lagi Best.... I Love Malaysia...

Tuesday, May 15, 2012

Labuan Oh Labuan

Assalamualaikum

Hari ni adib nak ceritakan pengalaman pergi ke Labuan. Tambang murah sekitar RM200 pergi-balik. Berlepas di LCCT-Kuala Lumpur. Dari kuantan ke kuala lumpur, adib drive sendiri. Adib dan kawan bertolak malam dan bermalam di rumah adik adib di Subang Jaya., Pukul 3 pagi adib memulakan perjalanan ke LCCT. Awal kan? Sebab Flight kami pukul 7.30pagi. Sampai di LCCT (dengan bantuan Garmin), Adib park kereta di Zone C, sebelah kanan & Alhamdulillah, tidak lah jauh sangat kami menapak.

Mula2 sampai, adib kena p print tiket dulu..First time kena buat sendiri, was2 jugak. Tapi semua ni mudah saje kalau korang rajin bertanye. hehe.

Mesin Print Tiket
Sesudah dapat tiket kapal terbang, kami pergi superdek..Lapar weh, kul 5 pagi baru. Di LCCT ni banyak tempat2 untuk menjamu selera, cuma kami je yang malas nak mencari. Yang paling mudah, McD lah. hehe.. Alhamdulillah, kenyang.

Go go Go Labuan :)
Sampai di Labuan, kami di sambut oleh kak nor & family. Wah, kak nor dah tukar kete. Dia cakap, kereta kat Labuan murah tau. Kalau tak silap, separuh harga dari harga di semenanjung. Tapi kalau nk beli kerete di sini, kena guna 4tahun di Labuan, lepas tu baru boleh bawa keluar. Bawah ni ade sedikit sebanyak gambar2  sekitar bandar Labuan.







Labuan, hmm pada pandangan saya, Labuan ni bandar biase sahaja. Tak banyak tempat untuk di lawati. Separuh hari pun dah cukup untuk pusing satu bandar Labuan. Tapi yang best, makanan lautnye murah dah segar2 belaka. Hari tu kite orang beli Lopster 9Ekor, RM65.00 (beli dngan nelayan). Lepas tu teros bawak pergi kedai dan mintak orang kedai tu masak. huh.. sedap..



Lagi satu yang best kat labuan nie, coklat & minyak wangi murah2... Duty free la katakan.. So kalau korang minat makan seafood, kereta mewah, coklat, minyak wangi... boleh la ke Labuan. Oleh kerana Labuan ni 1 hari je dah cukup untuk di lawati.. Korang boleh lah p melawat jiran Labuan.. BRUNEI DARUS SALAM.. Next Entry sy cerita pengalaman saya ke Brunei plak k.. hope korang enjoy.. peace..

menikmati keindahan waktu petang... lalalala


Owh yer.  Parking kat LCCT, Zone C
28.4.2012 Sabtu 5.00 pagi hingga 30.4.2012 12.00tghari
RM 97.00++

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....