Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Friday, May 25, 2012

Bumblebee Buat Hal Pulok

Assalamualaikum kawang2..

Macam mane kerja hari ni? hari ni adib mulakan kerja dengan sedikit blur.. haha.. hari ni rase macam rajin je nak buat kerja & malas hendak ber internet (berFB, blog, youtube dan sebagainye). Hahahaha terkejut tak? kagum kan? Adib pun kagun dengan diri adib yang sedikit lain hari ni.. hehe. Adib rase FB begitu membosankan sbb byk sgt cerita2 politik sehingga adib nak jemu dah nak layan.

Tapi bila nak buat kerja, kerja plak takde untuk di buat. hehe.. sebab semalam adib dah setelkan semua kerja yang penting2. Cari punye cari, huh..ade jugak kerja yang adib jumpe.. kerja tu cuma amik mase 15minit je. Pastu selesai. Kebosanan mula datang menyerang. Nak tak nak, terpaksa lah adib bukak jugak FB (fesebuk). Sekali tgk ade link ke blog cerita artis daaa. Adib pun clik. Kat blog tu ade satu video clip baru Najwa Latif- Tajuk Lagu KOSONG. adib pun download la lagu tu.. Hmm nice jugak.. Jom adib share lirik dia kat korang k..

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong


Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong



*kalau korang nk dengar lagu ni, bleh la cari kat youtube & download mp3.

Ok, berbalik semula kepada tajuk besar kat atas tu (tibe2 terasa lari dari tajuk..hehe). Bumblebee yang adib maksud kan adalah kereta kancil kuning kasayangan adib.. Dia buat hal plak hari ni.. BERSAUNA adib tghari tadi dlm kereta..

Ceritanya mcm ni, oleh sebab hari ni adib bosan tahap gaban.. Waktu rehat (Tengahari), Adib pun merajinkan lah diri untuk pergi membeli barang keperluan di Mini Market berdekatan dengan kawasan perumahan adib. Bile dah siap membeli belah.. Haaa.. Mase nak start je kerete tu.. kete tu tak mau idup.. tapi adib tak lah panic, sebab dah selalu sangat terjadi macam nie.. hihi..

Kete tu kalau biar dia sejuk dalam 10-15 minit.. Bile kite start, dia kan idup balik. Jadi adib biar je la dia sejuk.. dah nk dekat 15minit adib try start balik.. Apenye, tak idup jugak enjin dia.. mase tu peluh dah membasahi baju.. (tengahari la katakan). Jadi adib terpaksa la hubungi mak untuk amik adib. 
My Bumblebee.. hehe

Nak tunggu mak dah sekian.. ade la dalam 45minit adib dalam kerete tu.. hehehe.. Bile mak dah sampai, adib pun ikot mak balik rumah. Balik umah, mandi2. Siap je mandi, adib bersiap2 untuk pergi tengok kerete Bumblebee. Myb enjin dia dah sejuk, bile adib start je balik semua.. Enjin tu idup la macam biase. Alhamdulillah, syukur. Oleh sbb adib was2 lagi untuk bawak kete tu kemana-mana, Adib pun hantar kereta tu balik ke rumah... hehehe.. 
Syukur, Alhamdulillah kereta dah ok!!
Tapi sebenarnya pada mase kejadian tu, adib ni risau jugak, adib tak tau nak hantar repair kete tu kat mane.. Adib ade call sorang mekanik tu, dia jauh sikit tempat kejadian.. hehe. Jadi dia bagi adib nombor mekanik lain yg dekat dngan lokasi adib. Adib pun pikir, biar lah dulu. Sebelum call tu, baik adib balik, bagi enji sejuk.. Mane lah tau boleh idup balik kn.. hehe.. Begitu lah kisahnya..


Sekian sahaje cerita untuk hari ni.. hope dapat share story lagi di lain entry.. InsyaAllah..
Wassalam..take care

No comments:

Post a Comment

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....