Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Tuesday, May 15, 2012

Labuan Oh Labuan

Assalamualaikum

Hari ni adib nak ceritakan pengalaman pergi ke Labuan. Tambang murah sekitar RM200 pergi-balik. Berlepas di LCCT-Kuala Lumpur. Dari kuantan ke kuala lumpur, adib drive sendiri. Adib dan kawan bertolak malam dan bermalam di rumah adik adib di Subang Jaya., Pukul 3 pagi adib memulakan perjalanan ke LCCT. Awal kan? Sebab Flight kami pukul 7.30pagi. Sampai di LCCT (dengan bantuan Garmin), Adib park kereta di Zone C, sebelah kanan & Alhamdulillah, tidak lah jauh sangat kami menapak.

Mula2 sampai, adib kena p print tiket dulu..First time kena buat sendiri, was2 jugak. Tapi semua ni mudah saje kalau korang rajin bertanye. hehe.

Mesin Print Tiket
Sesudah dapat tiket kapal terbang, kami pergi superdek..Lapar weh, kul 5 pagi baru. Di LCCT ni banyak tempat2 untuk menjamu selera, cuma kami je yang malas nak mencari. Yang paling mudah, McD lah. hehe.. Alhamdulillah, kenyang.

Go go Go Labuan :)
Sampai di Labuan, kami di sambut oleh kak nor & family. Wah, kak nor dah tukar kete. Dia cakap, kereta kat Labuan murah tau. Kalau tak silap, separuh harga dari harga di semenanjung. Tapi kalau nk beli kerete di sini, kena guna 4tahun di Labuan, lepas tu baru boleh bawa keluar. Bawah ni ade sedikit sebanyak gambar2  sekitar bandar Labuan.







Labuan, hmm pada pandangan saya, Labuan ni bandar biase sahaja. Tak banyak tempat untuk di lawati. Separuh hari pun dah cukup untuk pusing satu bandar Labuan. Tapi yang best, makanan lautnye murah dah segar2 belaka. Hari tu kite orang beli Lopster 9Ekor, RM65.00 (beli dngan nelayan). Lepas tu teros bawak pergi kedai dan mintak orang kedai tu masak. huh.. sedap..



Lagi satu yang best kat labuan nie, coklat & minyak wangi murah2... Duty free la katakan.. So kalau korang minat makan seafood, kereta mewah, coklat, minyak wangi... boleh la ke Labuan. Oleh kerana Labuan ni 1 hari je dah cukup untuk di lawati.. Korang boleh lah p melawat jiran Labuan.. BRUNEI DARUS SALAM.. Next Entry sy cerita pengalaman saya ke Brunei plak k.. hope korang enjoy.. peace..

menikmati keindahan waktu petang... lalalala


Owh yer.  Parking kat LCCT, Zone C
28.4.2012 Sabtu 5.00 pagi hingga 30.4.2012 12.00tghari
RM 97.00++

1 comment:

  1. haha.murash jer parking.untunglaa kan.nxt time prking jer kt situ hoho

    ReplyDelete

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....