Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"
Showing posts with label mY iNFo. Show all posts
Showing posts with label mY iNFo. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Kelebihan berpuasa di bulan Syaaban

Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 
1. Berpuasa sehari
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api
neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam
syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.

2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di
pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga
ratus pintu rahmat.

4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan
Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT

Saturday, June 9, 2012

Semua Nak!!

Assalamualaikum w.b.t. & selamat berhujung minggu...
Hari ni Adib balik kampung ayah.. korang plak buat ape? (hahah perasan mcm ade je orang yang bace blog ko Adib, hahaha)

Adib menghadapi masalah sekarang ni, semua Adib nak.
Hehehe.. jangan salah faham..Ape yang adib maksudkan ialah,
Adib nak rumah sendiri, kalau rumah sendiri.. bleh deco cantik-cantik.. Adib teringin nak ade satu bilik untuk solat. Best kan kalau dalam rumah tu ade bilik khas untuk solat dan mempelajari agama.
Adib nak gaji yang cukup,
Adib nak buat bisnes, tapi adib tak teror..hoho
Adib nak ade family sendiri,
Adib nak mak & ayah, serta family adib happy, dan adib nak bawak mereka p mekah..
Adib nak jadi seorang yang peramah, bukan pemarah <<< need dis... huhu
Adib nak berdikari,tak nak susahkan orang...
Adib nak kawan-kawan adib hepi, 
Adib nak kehidupan yang penuh keceriaan & bunga-bunga indah mekar mewangi..(bahagia lah) wahahha
Adib nak sihat selalu...
Adib nak selalu ingat Allah swt... 

Macam-macam yang Adib impikan. Adib tahu bukan semua yang adib idamkan akan tercapai. Adib selalu ingatkan diri Adib supaya selalu bersyukur. Tak perlu lah cemburu dengan ape yang orang lain ade. Sebab ape yang Allah berikan kepada Adib adalah yang terbaik untuk Adib kan? Haaaaa....

Betul, kadang-kadang kite rase dok rumah mak ayah tak best, nak duduk rumah sendiri. Tapi dengan gaji yang kite dapat, mampu kah kite untuk membeli @ menyewa rumah lain? hmmm kire ok lah kan, kite bleh duduk dengan mak ayah, cube tengok nasib orang yang takde rumah.. takpun yang ade rumah tapi daif sangat. hmmm...


Orang kate dalam hidup ini ade macam-macam bentuk kerisauan yang akan menganggu diri seseorang. Biaselah, kite memang tidak boleh lari dari sebarang masalah. Adib selalu hadapi kerisauan memikirkan masa depan Adib. Kerjaya Adib.. Kehidupan Adib macam mane nanti bile sudah tua. susah ke senang ke.. Siapa yang tak nak hidup senang bile dah tua kan.. Jadi macam mane Adib nak tangani masalah Adib nie?

Ok, orang kate walau dimane jua atau takad mane kite ade sekarang, kite masih boleh lagi berubah dan berjaya dalam hidup kita. Jangan kite kenangkan ape yang kite kecewakan di masa lampau.. contoh tolak peluang masuk tingkatan 6, tolak kerja bank, tolak pelawaan jawatan kosong kontrak, tolak pelawaan jejaka yang ingin memikat hati (adeh).. hehehe..

Masa yang lepas, biarkan ianya berlalu...Jadikan itu semua sebagai pengajaran yang berguna dalam hidup kita. Selagi kita hidup, kita masih ade masa untuk berubah dan berusaha mencapai kejayaan dalam hidup kita. Jangan mudah putus asa, kerana ia merugikan diri sendiri. Tidak ade orang yang boleh bantu kita kalau kita putus asa dalam hidup. Caaaamooon Adib..Jangan cepat mengalah.. Chaiyok2.. hehe..
Bersemangat Sikit Adib!!
Insya'Allah Adib akan cuba..
Orang kate, banyak perkara yang berlaku dan akan menguji kesabaran kita. Kadang-kadang ape yang kite harapkan tidak menjadi seperti yang kite mahukan. Itu biase lah kan Adib.(cakap pada diri sendiri)..

Ingat, jangan lekas marah, mengeluh, putus asa atau buat benda-benda negetif.. Ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita, dan kepadaNya lah kite memohon pertolongan. Berdoalah waktu susah dan senang..

"Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada hari semalam, tetapi kita boleh menjadikan hari ini, esok serta akan datang lebih baik dari hari semalam"

ok kawang2, that all 4 2day...entry kali nie banyak perkataan.. orang kate... orang kate.. orang kate.. hahhaha.. ok See u on next entry.. (oh my english).. babaiiii.... Assalamualaikum..Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah selalu. amin..

Thursday, November 5, 2009

Linkaran Bulan 31 Oktober 2009

Assalamualaikum...
hai kawan2 ku...ape kabar???


eh.. Korang tengok tak lingkaran pada bulan pada 31 oktober 2009??? hani tgk, dan try amik gambar. tapi tak leh la... cantik sgt bulan malam tu... mase tu hani dan kawan hani p CC... tibe2 kawan hani dpt sms, kawan dia suruh tgk bulan.. mase balik dari CC tu hani tgk la... Wahh... mmg cantik.. hani try tgk gambar2 bulan kat internet.. hani jumpe lah gambar nie... lebih kurang gambar bulan baru2 nie... jom kita tgk sama2 k... kalau korang ada gambar lagi baik, share la dengan hani...

gambar nie nampak sikit dia nye linkaran..

Musim juraian meteor Leonids sudah kembali. Pada jam 5.43 pagi 18 Nov 2009, dijangkakan kadar kemunculan juraian meteor boleh mencecah sehingga 500 meteor sejam! Tahun ini juga tarikhnya jatuh pada awal bulan Hijrah. Ini bermaksud Bulan tidak akan berada di langit ketika Leonids memuncak pada waktu tersebut.

Maklumat daripada laman web NASA, berdasarkan laporan tahun lepas menunjukkan kajian yang mereka lakukan mendapati meteor Leonids tahun ini boleh mencapai taraf separa-ribut (half-storm). Sesebuah juraian meteor layak digelar sebagai ribut meteor jika kadar meteor yang dapat dilihat mencecah 1000 meteor sejam.

Bagaimana saintis dapat mengagak jumlah meteor tersebut? Jika dilihat sejarah meteor Leonids ini, ia terhasil daripada debu-debu peninggalan Komet 55P/tempel-Tuttle ketika ia melalui kawasan orbit Bumi sekitar tahun 1466. Jaluran debu peninggalan tahun 1466 inilah yang dirempuh Bumi pada musim meteor Leonids tahun 2008, yang mana ia mencecah sehingga 100 meteor sejam. Jeremie Vaubaillon dari Caltech membuat kiraan berdasarkan modelnya, dan mendapati pada tahun ini (2009), Bumi akan sekali lagi memasuki kawasan jaluran 1466 ini dan kali ini menghampiri ke kawasan yang lebih banyak debunya. Ini akan menghasilkan jumlah meteor yang lebih banyak berbanding 2008.

Bill Cooke dari NASA turut bersetuju dengan model Jeremie dan menyatakan meteor Leonids akan memuncak di antara jam 5.34am hingga 5.44am (Waktu Malaysia).

Tuesday, September 1, 2009

Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

* info dari blog askarjepun.. thanks

Tuesday, August 4, 2009

Influenza A(H1N1), SelSema BaBi!!

Selamat Pagi semua..
hari ni hani nak share sedikit info kat pengunjung blog ni.
pagi2 tadi, masa hani odw ke tempat kerja, hani tengok ramai pelajar2 memakai mask.. iaitu topeng pelindung mulut. Sekarang ni kes jangkitan selsema babi ni semakin serius di kawasan kita. Oleh itu hani nak nasihatkan kepada kawang2, supaya sentiasa berjaga2 agar tidak terkena jangkitan ini.

Bawah ni ada sedikit info yang hani mbil kat blog Kementerian Kesihatan Malaysia;

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17 Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.

574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).

Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.

Jadi, hani nak korang sentiasa mengamalkan langkah­-langkah seperti berikut:

  • Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lain­-lain.
  • Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
  • Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
  • Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
  • Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak

Nak tau lebih banyak info, korang bleh la layari ke laman web bawah ni.
>>kementerian kesihatan Malaysia<<

Gambar dari blog SESEORANG.

*korang kalau nampak babi, lari tau...hehehehe mcm kartun nie.
take care..muaahahahhaha...

Thursday, July 23, 2009

Aku & TaRikH LahirKU

Tanggal Lahir: 31 JUlaiBerikut ini adalah analisa angka garis hidup nomor 4:

Bila jumlah angka dalam ulang tahun Anda 4, berarti Anda bisa dipercaya, praktis, dan membumi. Anda adalah anggota masyarakat yang bisa diandalkan.
Misi dalam hidup adalah belajar untuk mendapat perintah-perintah atau tugas dan melaksanakannya dengan dedikasi dan keuletan. Anda selalu mengharap banyak dari diri sendiri sama seperti Anda mengharap banyak dari orang lain.
Sebagai organisator dan perencana yang hebat karena kemampuan Anda melihat persoalan dengan cara praktis, Anda mempunyai kemauan kuat yang seringkali disalahtafsirkan sebagai sifat keras kepala.
Sekali sebuah keputusan dibuat, akan langsung dilanjutkan sampai mencapai konklusi, walaupun itu salah, benar, ataupun netral. Pola pikir Anda tidak mudah untuk berubah dan begitu yakin dalam cara Anda menangani persoalan. Cara Anda yang ulet dalam mencapai tujuan hampir seperti obsesi.

Setia dan mengabdi, Anda merupakan pasangan ideal dalam kehidupan perkawinan dan juga partner bisnis yang bisa diandalkan. Mungkin tidak banyak teman-teman Anda, tapi sangat erat dan sekali bersahabat biasanya sepanjang hidup.

hanye suke2 je benda2 nie k... jangan percaya sgt..
kalau nak kenal hani.. msg hani k..hahahha
*Selamat Hari Lahir kepada diriku-SweetHAni82
hehehheehhe.... :P

Friday, June 19, 2009

RaHsIA TARikH LaHiR

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 +0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1

(Jadi nombor lahirnya ialah 1)

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
(Hani)

5. Perintis

Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

info dari: http://www.geocities.com/purnamajingga/tarikhlahir.htm
Terima KasiH

Monday, June 15, 2009

Bukan SeNYum KamBIng, tp SenYum Influenza

hahaha.. lawak betul kartun nie..
banyak sungguh penyakit pelik2 la nie kan??.. cek pun tak tau nak habaQ mcm mana lagi.. nama penyakit plak semua susah nak sebut.. nak tergeliat lidah cek.. hahaha... dulu dengar2 berita.. org kate penyakit ni dah masuk ke malaysia!! betul ke??? huhu.. takut nye...


merapu dah hani ni..tak tau ape nak tulis.. so korang layan je laa... JIWA KACAU.. hihi...sambil2 tu...terima lah serangkap pantun yang cek reka sebentar tadi... hohoho...

kawan ku naik proton saga..
bos ku pula ada avanza...
so harap2 korang berjaga2..
takut nanti cik BI datang bawak influenza..
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....