Kelebihan berpuasa di bulan Syaaban
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
1. Berpuasa sehari
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api
neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam
syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s dan Nabi Daud a.s.
2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di
pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga
ratus pintu rahmat.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan
Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan
bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan
yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan
mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin
memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah
ikhlas mencari keredaan Allah SWT
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....
No comments:
Post a Comment