Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Thursday, June 7, 2012

Sudah gaji... Alhamdulillah

Alhamdulillah, saya sudah gaji..
Dan gaji saya pun hampir-hampir habis.. sobbb soobbb
Sedih la konon..sape suruh shoping sakan!
Sekejap je kan? bayar itu ini.. Sedar-sedar, gaji dah nak habis. Hmmm, Dulu kalau gaji RM400.00. Siap boleh belanje kawan. Hahaha... Kaya tak? hihihi. Yela, dulu pakai Scooter, sekarang dah berkereta. Hari tu isi minyak rm 3.00 hinggit.. laaa ni 30.00 la plak.. huhuhu..

Korang tahu tak duit korang pergi ke mane? Maksudnye, ape yang korang beli atau bayar dengan duit gaji yang korang dapat setiap bulan? Haaaa... jom kite memikiorrr sekejap. Untuk pengetahuan korang, Adib sendiri pun kadang-kadang kurang tahu mane perginya duit gaji tersebut. Bayar itu ini yang tiap-tiap bulan tu lain kira. Ini duit saki baki dari gaji tu. Hahahah kantoi Yes... i'm super duper kaki shoping. Hahahahadoiiii. OK i learn from my mistake.
sakan laa....
Sehubungan dengan itu, (wah dah jadi macam ayat surat rasmi plak, hehe dila sila bagi tunjuk ajar), Adib telah mengambil satu langkah. Dimana Mulai dari semalam (ceh baru semalam start..hahha), Adib telah mencatit semua perbelanjaan yang Adib buat setiap hari didalam BUKU LAJER. Hahaha...KAGUM tak? Haha.. Teringat zaman-zaman belajar akaun. Bagus tak idea ni? Hmm, Korang mesti dah buat lama dah. Adib je yang baru nak mulakan. Selain dari itu, adib ade sebuah buku note yang adib gunakan untuk menulis keperluan dan ape yang perlu adib buat setiap hari. Yes, im seorang yang pelupa..hehe..
catit jangan tak catit.huhu, takut sgt lupe ape nk buat, tp buku note lupe tarok mane..dah tu mcm mane?
Tapi ade satu lagi masalah, adib ni kadang-kadang lupe mane adib tarok buku note adib nie..hahahaha.. masalah jugak. Tulis dalam Hphone je kan? mudah sikit..hihihi..Oklah, that's all 4 today.. Jumpe lagi yer.. daaaa... Sebelum tu, jom kite share info ni.

TIPS DR. FADZILAH KAMSAH:-

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.
Menurut beliau, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

 
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.
Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

 
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.


Insya'allah... wassalam..

2 comments:

  1. duit gaji sya mmg jrg sgt buat shopping kecuali shopping utk barangan keperluan anak.. selebihnya habis byr hutang dan juga simpanan.. simpanan yg x boleh keluar smp 1 tempoh matang :)

    ReplyDelete
  2. huhuhu.... takpe, adib doakan semoga Queen dimurahkan rezeki.. dan bahagian selalu... Tq

    ReplyDelete

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....