Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya kasih sayang sekadar untuk mengecewakan, lebih baik kasih sayang itu tak pernah hadir. Kecewa bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti- Sweethani82"

Friday, February 11, 2011

Kisah Rama-rama dan Bunga


Kisah rama-rama dan bunga. Ada kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki tersebut berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai hamba-hamba-Nya untuk diuruskan. Begitulah sangkaannya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.


Selepas 1 tempoh, lelaki itu pun memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Tetapi ada sesuatu yang amat memeranjatkannya...dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.


Betapa indahnya susunan atau aturan Allah! Cara Allah sentiasanya yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah pada pandangan kita yang kadang-kadang tidak mahu berfikir.


Jika kita memohon sesuatu dan menerima setiap pemberian Allah dengan rasa bersyukur. PERCAYALAH! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang kita pinta tak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hamba-Nya. Jadi teruskan berdoa tanpa ada perasaan ragu-ragu dan mengeluh...


DURI hari ini adalah BUNGA hari esok! ALLAH Mengurniakan Pilihan Terbaik kepada Mereka yang Menyerahkan Ketentuan kepada-NYA.

1 comment:

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....