Hari ni adib nak ceritakan pengalaman pergi ke Labuan. Tambang murah sekitar RM200 pergi-balik. Berlepas di LCCT-Kuala Lumpur. Dari kuantan ke kuala lumpur, adib drive sendiri. Adib dan kawan bertolak malam dan bermalam di rumah adik adib di Subang Jaya., Pukul 3 pagi adib memulakan perjalanan ke LCCT. Awal kan? Sebab Flight kami pukul 7.30pagi. Sampai di LCCT (dengan bantuan Garmin), Adib park kereta di Zone C, sebelah kanan & Alhamdulillah, tidak lah jauh sangat kami menapak.
Mula2 sampai, adib kena p print tiket dulu..First time kena buat sendiri, was2 jugak. Tapi semua ni mudah saje kalau korang rajin bertanye. hehe.
![]() |
| Mesin Print Tiket |
![]() |
| Go go Go Labuan :) |
Labuan, hmm pada pandangan saya, Labuan ni bandar biase sahaja. Tak banyak tempat untuk di lawati. Separuh hari pun dah cukup untuk pusing satu bandar Labuan. Tapi yang best, makanan lautnye murah dah segar2 belaka. Hari tu kite orang beli Lopster 9Ekor, RM65.00 (beli dngan nelayan). Lepas tu teros bawak pergi kedai dan mintak orang kedai tu masak. huh.. sedap..
Lagi satu yang best kat labuan nie, coklat & minyak wangi murah2... Duty free la katakan.. So kalau korang minat makan seafood, kereta mewah, coklat, minyak wangi... boleh la ke Labuan. Oleh kerana Labuan ni 1 hari je dah cukup untuk di lawati.. Korang boleh lah p melawat jiran Labuan.. BRUNEI DARUS SALAM.. Next Entry sy cerita pengalaman saya ke Brunei plak k.. hope korang enjoy.. peace..
menikmati keindahan waktu petang... lalalala
Owh yer. Parking kat LCCT, Zone C
28.4.2012 Sabtu 5.00 pagi hingga 30.4.2012 12.00tghari
RM 97.00++



























